March 18, 2016

Mati ditikam berebut air

Kuala Lumpur: Kerana berebut air, seorang lelaki maut ditikam di dada dengan pisau di Taman Jinjang Baru, Jinjang Selatan, petang semalam.

Dalam kejadian 6 petang itu, mangsa berusia 59 tahun bergaduh dengan suspek berusia 50-an kerana berebut mengambil air di mesin air berbayar di kawasan berhampiran kedai serbaneka.

Menurut saksi kejadian, selepas hampir 30 minit bertengkar, suspek yang berang dengan mangsa bertindak menikam dada lelaki itu.

"Saya ternampak dia (mangsa) berlumuran darah mengayuh basikal sebelum terlanggar besi paip di hadapan kedai saya.

"Mangsa terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum saya menghubungi ambulans dan polis untuk melaporkan kejadian berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy yang mengesahkan kejadian berkata, pergaduhan berlaku akibat salah faham.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,"katanya ketika dihubungi petang tadi.

myMetro 16 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment