March 9, 2016

Anuar Ariffin meninggal dunia

Mohamad Afiq (kanan) menyiram air di atas pusara Allahyarham Anuar Ariffin sambil diperhatikan Nur Amalina, Nur Annis dan Nur Aqilah di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Jannah, Kariah Masjid Jamiurrahmah Kampung Limau Manis, Sepang semalam.

SEPANG – Pengarang Prosesan Kosmo!, Anuar Ariffin, 54, meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru yang dihidapinya.

Anuar disahkan me­ninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 1.28 petang semalam di sisi ahli keluarganya. Anuar dimasukkan ke hospital tersebut sejak Rabu lalu.

Allahyarham meninggalkan isteri, Rozita Che Othman, 49 dan empat orang anak iaitu Nur Amalina, 25, Mohamad Afiq, 23, Nur Annis, 20, serta Nur Aqilah, 14.

Mengimbau semula keadaan Anuar sebelum dimasukkan ke hospital, Mohamad Afiq berkata, mereka sekeluarga tidak sangka dengan kejadian itu memandangkan arwah kelihatan sihat pada Ahad lalu.

“Kami berbual sepanjang hari tersebut dan arwah kelihatan ceria sahaja selain meminta saya memicitnya. Dia membe­ritahu yang dia gembira apabila melihat ramai rakan datang melawatnya ketika dia ditahan di wad Hospital Putrajaya.

Kosmo 8 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment