February 1, 2016

Polis buru suspek kes lelaki maut dipukul

PUCHONG - Polis giat memburu beberapa orang suspek dipercayai terlibat dengan kes kematian seorang lelaki di sebuah restoran di Taman Mawar, Kinrara Seksyen 5 di sini, malam, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, mangsa disahkan maut setelah dipukul dan ditetak berkali-kali oleh 10 lelaki ketika makan malam bersama adiknya.

Difahamkan, mangsa ke restoran itu untuk bertemu adiknya  sebelum didatangi beberapa orang suspek bersenjatakan parang dan pedang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata, mangsa yang berusia 40 tahun dipukul dan ditetak menggunakan kedua-senjata hingga mengalami kecederaan parah di seluruh badan.

Adik mangsa yang menyaksikan kejadian kemudian membawa abangnya ke sebuah pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan kecemasan namun disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam selepas itu.

Razimi berkata, sebilah parang berukuran lebih kurang 22 inci dipercayai digunakan dalam kejadian terbabit ditemui di lokasi.

Polis percaya kes membabitkan lebih kurang 10 suspek,enam orang berusia 25 hingga 40 tahun yang dipercayai terlibat berjaya ditahan dua hari lalu untuk membantu siasatan .

Usaha mengesan lima lagi suspek lain giat dijalankan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian,"katanya.‎

Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.‎

Sinar Harian 1 Februari 2016


Maut ditetak 10 lelaki

Puchong: Lelaki berusia 40 tahun maut selepas ditetak sekumpulan lelaki di restoran di Taman Mawar, di sini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku pada 8 malam dan mangsa disahkan maut ketika dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata, mangsa diserang 10 lelaki.

"Ketika kejadian mangsa bersama adik dan seorang rakan berada di restoran berkenaan sebelum diserang kumpulan berkenaan.

"Adik mangsa kemudiannya menghantar mangsa ke PPUM sebelum mangsa disahkan meninggal dunia.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Seramai enam lelaki sudah ditahan di sekitar daerah ini sejurus kejadian," katanya.

myMetro 1 Feb 2016

0 comments:

Post a Comment