February 1, 2016

Lelaki lemas jatuh sungai

CAMERON HIGHLAND - Seorang lelaki ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Habu, Kuala Boh, di sini semasa mencari lokasi untuk memancing, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Cameron Highland Deputi Superintendan Muhammed Rizal Kamaruddin berkata, mayat M Suresh, 22, ditemui pada jam 10.25 pagi tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta polis.

Menurutnya, mangsa dipercayai pergi ke lokasi berkenaan kira-kira jam 5.30 petang untuk melihat kawasan memancing bersama tujuh lagi rakan.

"Mangsa bersama rakannya yang baru selesai melakukan kerja di kawasan Projek Perumahan PRIMA Tanah Rata, dalam perjalanan ke Ringlet untuk makan sebelum singgah di sungai berkenaan untuk melihat lokasi memancing.

"Mangsa yang tidak pandai berenang dipercayai berjalan di tebing sungai tiba-tiba tergelincir sebelum terjatuh dan tenggelam," katanya sambil menambah rakan mangsa cuba membantu namun gagal.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Cameron Highland, Haziq Hazmi berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 6.10 petang semalam.

Menurutnya, sebaik menerima laporan pihaknya telah melakukan 'searching surface' dan berhenti kira-kira jam 9.30 malam berikutan keadaan di lokasi kejadian yang gelap sebelum menyambung semula operasi mencari dan menyelamat pada jam 9 pagi tadi.

"Anggota terpaksa menggunakan khidmat bantuan lapan anggota skuba dari Balai Bomba Temerloh sebelum berjaya menemukan mayat mangsa terbenam di dalam lumpur di sungai berkenaan. Operasi ditamatkan jam 11 pagi tadi," katanya. - Bernama

1 Februari 2016


Mangsa lemas ditemui pagi ini

Mayat Suresh yang ditemui dibawa naik ke tebing - Foto Ihsan PDRM

Cameron Highland: Seorang lelaki ditemui lemas pagi tadi selepas dipercayai terjatuh di Sungai Habu, di sini.

Mangsa dikenali sebagai S Suresh, 22, dilaporkan hilang jam 5.30 petang semalam, selepas dia pergi melihat kawasan memancing di sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Cameron Highland Deputi Superintendan Muhammed Rizal Kamarudin berkata, mayat mangsa ditemui 10.25 pagi ini selepas operasi mencari dan menyelamat disambung jam 9 pagi tadi.

Menurutnya, mangsa yang bekerja di tapak projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) di Tanah Rata di sini, dipercayai singgah di tempat kejadian bersama tujuh rakan untuk melihat lokasi memancing.

Katanya, mangsa dipercayai berjalan di tebing sungai curam, tergelincir sebelum terjatuh ke dalam sungai lalu tenggelam.

"Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highland meminta bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh berikutan ketiadaan pasukan skuba.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di sini, untuk bedah siasat," katanya.

myMetro 1 Feb 2016



0 comments:

Post a Comment