February 8, 2016

Pejalan kaki maut dirempuh kereta


SUNGAI PETANI – Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Kilometer 46 Jalan Alor Setar – Butterworth berhampiran Taman Selesa, Bedong di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 pagi itu, mangsa, V. Segaran, 47, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan dada.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Md. Isa berkata, pemandu kereta yang merupakan seorang guru itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kereta yang datang dari arah Butterworth, Pulau Pinang itu dipercayai tidak dapat mengelak mangsa yang melintas kerana keadaan gelap di kawasan tersebut.

“Mangsa yang meninggal di tempat kejadian telah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE

8 Feb 2016

0 comments:

Post a Comment