February 13, 2016

Nasib baik hanya cedera ringan

Keadaan ambulans yang terbalik di Jalan Bukit Malut, Langkawi. - Foto Ihsan Bomba

Langkawi: Melihat keadaan ambulans yang terbalik, seorang pembantu perubatan bernasib baik kerana hanya cedera ringan malah seorang jururawat dan pemandu kenderaan itu tidak cedera dalam kemalangan di Jalan Bukit Malut di sini, hari ini.

Dalam kejadian 8.45 pagi itu, pembantu perubatan berusia 30-an itu hanya terseliuh bahu kiri dan dikeluarkan anggota bomba selepas terperangkap dalam ambulans manakala jururawat dan pemandu tidak mengalami kecederaan.

Semua mereka adalah kakitangan Hospital Langkawi (HL), di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra Penolong Penguasa Bomba Mohd Akmal Mohd Khairi berkata, sebuah jentera bersama lima anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 8.59 pagi.

“Mereka tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian dan terpaksa memecahkan cermin depan kenderaan untuk mengeluarkan seorang mangsa yang terperangkap,” katanya.

Menurutnya, semua mangsa dihantar ke HL menggunakan ambulans lain yang tiba tidak lama kemudian.

myMetro 12 Februari 2016





0 comments:

Post a Comment