February 13, 2016

Rampas dua senapang angin

SENAPANG angin dan ketulan mampat yang dirampas. FOTO ihsan Polis

Jitra: Polis menahan dua lelaki dan merampas dua senapang angin buatan sendiri bersama satu ketulan mampat tumbuhan-tumbuhan kering disyaki ganja seberat 566 gram dalam pemeriksaan dijalankan di pondok di Jalan Guar Napai, Felda Guar Napai, Kodiang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, pemeriksaan kira-kira 6.30 petang itu dijalankan sepasukan polis bersama anggota risik BN 9 Pasukan Gerakan Am Kubang Badak, Kuala Terengganu hasil maklumat awam.

"Pemeriksaan di dalam pondok itu menjumpai selaras senapang angin warna coklat bersama satu ketulan mampat tumbuh-tumbuhan kering disyaki dadah jenis ganja.

"Manakala, pemeriksaan lanjut yang dijalankan di rumah suspek di Felda Guar Napai, di sini, menjumpai satu lagi senapang angin warna coklat bersarung hitam disembunyikan di belakang sofa di ruang tamu rumah berkenaan," katanya.

Katanya, kedua-dua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Jitra sementara permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Alor Setar bagi membantu siasatan polis.

myMetro 12 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment