February 25, 2016

Murid tahun dua cedera dihempap dinding

Keadaan di tempat kejadian. FOTO ihsan JPAM daerah Jasin

Jasin: Murid perempuan tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Jasin, cedera pada tangan dan pinggang selepas dihempap dinding kayu bangunan di sekolah itu, 12.46 tengah hari tadi.

Pengarah Pendidikan negeri Abu Bakar Sahari berkata, mangsa, Nurul Izatul Amira Zakaria dirawat di Hospital Jasin sebagai pesakit luar.

Sumber Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah Jasin berkata, sebahagian dinding bangunan sekolah itu tertanggal dari rangka bangunan ketika angin kencang melanda kawasan terbabit.

myMetro 25 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment