February 26, 2016

Mujur 'orang pegang kaki'

KEADAAN rumah mangsa yang hangus dalam kebakaran di Kampung Baru Sungai Ara, Bayan Lepas, semalam.

Bayan Lepas: “Mujur saya terjaga selepas terasa seperti ada orang memegang kaki. Jika sebaliknya, saya dan suami pasti sudah rentung,” kata Rohani Abd Rahman, 73, selepas rumah mereka di Kampung Baru, Sungai Nibong, terbakar awal pagi semalam.

Menurut Rohani, sejurus terjaga, dia terbau asap dan terus memanggil cucu, Akmal Wafiy, 25, yang tidur di bilik di ruang tamu rumah, namun tidak dijawab kerana pemuda berkenaan dikatakan berada di luar rumah selain tidak menyedari kebakaran itu.

Rohani berkata, ketika kejadian, dia dan suami yang juga bekas imam Masjid Al-Huda, Bayan Lepas, Yahaya Ayob, 80, tidur di bilik di dapur di rumah mereka.

“Kami menetap di rumah ini sejak 42 tahun lalu. Kediaman ini dilengkapi tujuh bilik dengan empat daripadanya disewakan.

myMetro 26 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment