February 26, 2016

Maut dirempuh 500 meter dari rumah


MANGSA maut di tempat kejadian. FOTO Shahnaz Fazlie Shahriza

Georgetown: Lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggang dirempuh motosikal lain dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Pinang, Jelutong, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa Abdul Gabbir Ahmed, 78, dalam perjalanan dari Jelutong ke rumahnya di Ocean View, di sini, kira-kira 500 meter dari lokasi kemalangan.

Menurut sumber, dua lelaki warga negara asing yang menaiki motosikal dikatakan merempuh motosikal ditunggang mangsa.

"Dua lelaki terbabit dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat," katanya.

myMetro 25 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment