February 16, 2016

Mekanik maut kemalangan motosikal

DUNGUN 15 FEBUARI 2016. Mayat Mohamad Fakhrul Anuar MD Razali, 22, dari Kampung Chabang Tiga Melawi Repek, Bachok, Kelantan, ditutup dengan kain setelah maut dalam kemalangan di Kilometer 369.2 Lebuh Raya Pantai Timur2, dekat Bukit Besi. STR/ROSLI ILHAM.

Dungun: Mekanik maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh penghadang jalan di Kilometer 369.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Bukit Besi, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa, Mohamad Fakhrul Anuar Md Razali, 22, yang parah di kepala dan muka, meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa yang berasal dari Bachok, Kelantan, dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya ke tempat kerja di Gebeng, Kuantan.

Setibanya di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal lalu merempuh penghadang jalan.

Ketua Polis daerah, Superintenden Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

myMetro 15 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment