February 16, 2016

Ibu, bayi dalam kandungan maut

Toyota Wish dinaiki lapan sekeluarga terbalik selepas kemalangan. FOTO ihsan PDRM

Nilai: Ibu dan bayi dalam kandungan berusia lapan bulan antara tiga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 279.3 Lebuhraya PLUS, arah utara, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.40 pagi, Suzan Safarina Rosli, 30, dan bayinya meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban .

Turut maut, Nadia Hidayayul Syima Mokhtar, 28.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, seorang kanak-kanak Maya Mayree Zarul Hidayat berusia dua tahun kritikal dan dimasukkan ke zon merah.

"Selain Maya, turut parah, pemandu Toyota Wish Zulfahizzat Mokhtar, 27.

"Mangsa lain cedera cedera ringan. Mereka adalah Zarul Hidayat Mokhtar, 32; Mohd Izwan Amir Hamzah, 31; Faudziah Mohd Ali, 59, dan Fairel Zhafran Mohd Izwan, 12," katanya.

Katanya, siasatan awal mendapati mereka dipercayai sekeluarga dari Johor ke Kuala Lumpur.

“Sebaik tiba di lokasi, kenderaan dinaiki hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar lampu jalan kiri lalu terbalik.

"Kes di siasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

myMetro 15 Februari 2016


Wanita hamil, adik ipar maut

SEREMBAN – Dua sekeluarga termasuk seorang wanita hamil lapan bulan maut selepas kenderaan pelbagai guna yang dinaiki mereka terbabas di Kilo­meter 279, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Nilai awal pagi semalam.

Ketua Polis Da­erah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, dalam kejadian pukul 4.40 pagi itu, dua daripada lapan penumpang Toyota Wish berkenaan cedera parah manakala empat lagi ce­dera ringan.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Suzan Safarina Rosli, 30, berasal dari Pusat Bandar Jengka, Pahang dan adik iparnya, Nadiah Hidayayul Syima Mokhtar, 28, dari Gelang Patah, Johor Bahru.

Katanya, mangsa yang cedera parah ialah pemandu, Zulfahizzat Mokhtar, 27, dan Maya Mayree Zarul Hidayat yang berusia dua tahun.

“Mangsa yang cedera ringan pula ialah suami Suzan Safarina, Zarul Hidayat Mokhtar, 32, Mohd. Izwan Amir Hamzah, 31, Faudziah Mohd. Ali, 59, dan Fairel Zhafran Mohd. Izwan, 12,” katanya.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku akibat pemandu Toyota Wish hilang kawalan lalu merempuh tiang lampu sebelum terbabas dan terbalik di kiri lebuh raya.

“Kenderaan itu sedang dalam perjalanan dari Johor menghala ke Kuala Lumpur,” katanya.

Katanya, Suzan Safarina dan Nadiah Hidayayul Syima meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar di sini.

“Kesemua mangsa dihantar ke hospital oleh orang awam dan ambulans,” katanya.

Ujar beliau, kandungan Suzan Safarina bagaimanapun tidak dapat diselamatkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kosmo 16 Feb 2016




0 comments:

Post a Comment