February 11, 2016

Maut rempuh MPV keluar simpang

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk proses bedah siasat

REMBAU – Seorang pekerja di sebuah kedai cuci kereta maut selepas motosikal ditunggang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.5, Jalan Seberang Batu Hampar-Pulau Mampat, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa, R Naresh Kesan, 20, yang menunggang motosikal jenis SYM dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Rumah Rakyat Chembong ke rumah saudaranya di Kampung Pulau Mampat.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif berkata, berdasarkan siasatan awal, kemalangan berkenaan membabitkan motosikal mangsa dan juga Perodua Alza.

Menurutnya, dipercayai mangsa yang dalam perjalanan dari arah Seberang Batu Hampar telah merempuh MPV berkenaan yang baru sahaja keluar simpang rumah berhampiran tempat kenduri.

“Susulan rempuhan itu, mangsa melambung jatuh di atas jalan dan disahkan maut di tempat kejadian. Mayat dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat," katanya.

Sinar Harian 10 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment