February 29, 2016

Maut dibunuh di Sungai Golok

MAYAT ditemui pagi tadi. FOTO ihsan pembaca

Rantau Panjang: Lelaki warga Malaysia ditemui mati dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai dibunuh dalam kejadian di Sungai Golok, Thailand, pagi tadi.

Mayat mangsa, Azami Mohamed, 38, ditemui terapung oleh pasukan keselamatan Malaysia, 9 pagi tadi.

Penemuan mayat itu kemudian dimaklumkan kepada pihak berkuasa Thailand kerana ia ditemui di kawasan negara itu.

Jurucakap Balai Polis Sungai Golok ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

"Berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemui di lokasi berkenaan mangsa berasal dari Pasir Kelang Baru, Kuala Krai.

"Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

myMetro 28 Februari 2016


Mayat guru dibuang di Sungai Golok

Azami Mohamed - Foto Kosmo Online

RANTAU PANJANG – Seorang guru sekolah rendah ditemui mati dengan kesan kecederaan pada muka dan kepala di Sungai Golok berdekatanPengkalan Jambu, Narathiwat, Thailand semalam.

Mayat Azami Mohamed, 38, yang merupakan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Mengkebang, Kuala Krai ditemui terapung dan berpakaian lengkap oleh pihak berkuasa negara itu pada pukul 9 pagi.

Difahamkan, sebelum ditemui mati, Azami yang merupakan guru pendidikan khas itu sudah beberapa hari tidak hadir bertugas kerana didakwa mempunyai masalah peribadi.

Bapa mangsa, Mohamed Ibrahim, 78, seorang penoreh getah berkata, dia tidak mengetahui tujuan anaknya yang masih bujang ke negara jiran kerana mangsa sudah lama tidak pulang ke rumah sebelum itu.

“Saya mengetahui anak saya ditemui sudah meninggal dunia setelah dimaklumkan oleh pihak polis semalam (hari ini).

“Saya dan isteri, Zaharah Mohamad, 70, tidak menyangka anak saya ditemui dalam keadaan sedemikan rupa,” kata warga emas itu di sini semalam.

Mohamed yang terkilan dengan kejadian itu berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca anaknya disyaki dibunuh sebelum mayatnya dibuang ke sungai.

Kosmo 29 Feb 2016

0 comments:

Post a Comment