February 16, 2016

Ibu maut, anak cedera kereta rempuh pokok

KERETA dipandu mangsa hilang kawalan sebelum merempuh pokok di tepi lebuh raya itu. FOTO ihsan Bomba

Kangar: Wanita maut manakala anaknya cedera apabila kereta dipandu hilang kawalan sebelum merempuh pokok di Lebuhraya Kuala Perlis-Changlun berhampiran jejambat Utan Aji, petang tadi.

Dalam kejadian 4.15 petang itu, mangsa Wan Nooraseniyah Wan Abdullah, 34 memandu kereta bersama anaknya Zulwafiy Amsyar Zulhilmi, 7, dalam perjalanan ke kediaman mereka di Taman Jali di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Zaini Talib berkata, ketika di laluan berkenaan yang menghala ke Arau itu, mangsa gagal mengawal keretanya menyebabkan ianya terbabas dan merempuh pokok di tepi lebuh raya.

"Wan Nooraseniyah parah di kepala dan badan namun meninggal dunia pada 4.50 petang selepas dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Semetara itu, anaknya, Zulwafiy pula cedera ringan di kedua-dua belah tangan, katanya

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik HTF untuk dibedah siasat.

myMetro 15 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment