February 28, 2016

Dua beranak melecur cuba selamat tin tabung

MIRI - Dua beranak yang nekad untuk menyelamatkan wang yang disimpan di dalam tin, melecur di tapak tangan dan lengan dalam kebakaran di Lorong 5, Friendship Garden di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba Miri, Ali Bema Jelek berkata dalam kejadian pada 1.17 tengah hari, dua rumah kayu serta sebuah rumah kayu yang dijadikan bengkel kereta hangus sekelip mata, mengakibatkan lapan orang hilang tempat tinggal.

"Dua beranak iaitu ibu berumur 60 serta anak perempuan berumur 40 tidak melecur dengan serius dan kini menerima rawatan di Hospital Miri," katanya.

Ali berkata, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. - Bernama

27 Februari 2016


Dua beranak melecur


Miri: Ibu dan anak perempuannya melecur di tangan dalam kebakaran membabitkan tiga rumah di Jalan Friendship, Morsjaya, di sini, hari ini.

Mangsa masing-masing berusia 65 dan 40 tahun itu cedera manakala enam penghuni lain di dua rumah terbabit tidak mengalami kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Miri, Ali Bema Jelek, berkata kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hoapital Miri untuk rawatan.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.15 petang.

"Sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Miri dikerahkan ke lokasi dan mengawal kebakaran 20 minit kemudian.

“Bagaimanapun, tiga rumah itu sudah musnah sepenuhnya," katanya.

Sehingga ini, katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan.

myMetro 27 Februari 2016 

0 comments:

Post a Comment