February 28, 2016

Bukit Batu Caves terbakar


Api marak membakar sebahagian hutan di Bukit Batu Caves, Gombak semalam.

GOMBAK – Kira-kira 2,000 penduduk Kampung Gombak Indah cemas apabila sebahagian Bukit Batu Caves di belakang kampung mereka terbakar.

Pihak bomba menerima panggilan kejadian itu pada pukul 10.40 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Zamri Che Din berkata, punca kebakaran dipercayai kerana cuaca panas yang menyebabkan permukaan bukit batu kapur itu terbakar.

“Kebakaran bermula dari bawah bukit kemudian merebak naik ke atas disebabkan angin kencang yang menerbangkan bara.

“Seramai 140 penyelamat dari pelbagai agensi berada di lokasi bagi mengawal kebakaran daripada menjadi lebih teruk,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Kosmo 27 Feb 2016

0 comments:

Post a Comment