February 28, 2016

Budak 11 tahun lemas dalam kolam takungan

Anggota bomba mengangkat mayat Mohamad Nor Afiq yang ditemui di dalam kolam takungan kebun kelapa sawit di Kampung Sedayung 2, Sri Medan, Batu Pahat, petang tadi. FOTO ihsan bomba

Batu Pahat : Budak lelaki berusia 11 tahun ditemui lemas di dalam kolam takungan kebun kelapa sawit di Kampung Sedayung 2, Sri Medan, di sini, 5.15 petang tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohamad Nor Afiq Firdaus Mohamad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendant KS Mender Singh, berkata, sebelum kejadian, mangsa dipercayai mandi di kolam berkenaan bersama dua rakannya kira-kira 4 petang.

"Mayat kanak- kanak itu kemudian ditemui pada 5.15 petang tadi oleh pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Yong Peng,"katanya.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk dibedah siasat.

myMetro 26 Februari 2016




0 comments:

Post a Comment