February 28, 2016

Bayi dibuang kesejukan, dihurung semut

Bayi perempuan yang ditemui, pagi tadi. FOTO ihsan pembaca

Subang Jaya: “Sayu melihat bayi dalam keadaan tanpa pakaian itu kesejukan dan dihurung semut," kata Syed Shamsul Fauzi Syed Mohamad, 40, yang melihat bayi perempuan dibuang berhampiran longkang di belakang Masjid SS15, di sini, pagi tadi.

Shamsul yang menunaikan solat Subuh di masjid itu terdengar jeritan seorang wanita pada 7.05 pagi sebelum keluar dari masjid dan menemui wanita terbabit yang memaklumkan ada bayi ditinggalkan belakang masjid.

"Apabila saya tiba di belakang masjid, saya melihat ada bayi perempuan yang masih bertali pusat.

"Saya terus menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Senior Asisten Komisioner Yahaya Ramli mengesahkan menerima laporan penemuan bayi itu.

Katanya, ada sedikit luka calar pada kaki kiri bayi itu akibat terkena batu.

"Bayi itu dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut," katanya.

myMetro 26 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment