February 13, 2016

38 motosikal hangus

MOTOSIKAL yang terbakar dipercayai akibat khianat. FOTO ihsan Bomba

Georgetown: Tiga puluh lapan motosikal yang diletakkan di Lorong Perak, Taman Jelutong di sini, terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat, pagi tadi.

Dalam kejadian 6 pagi itu, tiga lagi kenderaan iaitu Proton Saga,Toyota Camry dan Toyota Harrier turut terbakar.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata, semua motosikal terbabit terbakar 100 peratus manakala tiga lagi kenderaan hanya terbakar 10 peratus.

"Kita menerima panggilan pada 6.22 pagi dan tiba di lokasi dua minit kemudian.

"Api dapat dikawal kira-kira setengah jam kemudian dan kita masih siasat punca kejadian dan jumlah kerugian," katanya.

myMetro 12 Februari 2016


41 motosikal, 3 kereta bawah flat musnah terbakar

Beberapa penduduk melihat sebahagian daripada 41 buah motosikal

PULAU PINANG 12 Feb. – Sebanyak 41 motosikal serta tiga buah kereta yang diletakkan di bahagian bawah sebuah flat hangus terbakar pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi di Blok B, Taman Jelutong di sini, semua pemilik yang terlibat tidak sempat menyelamatkan kenderaan masing-masing kerana sedang tidur.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kebanyakan motosikal yang musnah ialah jenis Honda EX5, Yamaha LC dan Modenas Kriss manakala kereta pula membabitkan Proton Saga, Toyota Harier dan Camry.

“Api berjaya dipadamkan kira-kira setengah jam oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak dan polis akan menyiasat kes ini merangkumi pelbagai aspek termasuk jika wujud unsur khianat,” katanya di sini hari ini.

Mior Faridalathrash memberitahu, ketika ini pasukan forensik bomba sedang menjalankan siasatan berhubung punca kejadian.

Utusan 13 Feb 2016



0 comments:

Post a Comment