February 19, 2016

10 kereta rosak ditimpa tiang elektrik

Beberapa kereta yang ditimpa tiang elektrik. FOTO ihsan pembaca

Dungun: Sepuluh kereta rosak ditimpa lima tiang elektrik yang patah selepas kabelnya tersangkut di bumbung lori di Kampung Limbong di Paka, di sini, 10.50 pagi tadi.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada orang ramai.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub berkata, lori Mitsubishi Fuso itu dipandu lelaki berusia 30 tahun dalam perjalanan dari restoran makanan segera tidak jauh dari lokasi ke Setiu.

Menurutnya, sebaik melalui lokasi berkenaan bumbung lori berkenaan dikatakan tersangkut pada kabel elektrik yag merentangi jalan menyebabkan ia tertarik hingga beberapa tiang di kawasan berhampiran patah.

"Tiang yang patah itu kemudiannya menimpa 10 kereta yang diparkir di tepi jalan," katanya.

myMetro 18 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment