February 19, 2016

Dua keluarga hilang tempat tinggal

ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran. FOTO ihsan pembaca

Kepala Batas: Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus dalam kebakaran di Kampung Nyior Sebatang, Sungai Dua, di sini, 8.48 malam tadi.

Dalam kejadian itu, sebuah rumah kayu dua tingkat dan sebuah rumah kayu setingkat musnah sama sekali termasuk tiga motosikal yang diletakkan di situ.

Jurucakap bomba Kepala Batas berkata, enam penghuni rumah difahamkan berada di surau ketika kejadian.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.48 malam sebelum tiba di lokasi kejadian 9 malam.

Menurutnya, pihaknya bersama 23 pegawai dan anggota mengawal kebakaran daripada merebak pada 9.36 malam

"Kerugian di alami mangsa serta punca kejadian masih lagi disiasat bomba, namun bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya.

myMetro 18 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment