January 27, 2016

Suami isteri cedera kereta masuk bawah lori


KEADAAN kereta mangsa yang terperosok bawah lori. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Bagan Serai: Suami isteri cedera selepas kereta dinaiki terperosok bawah lori di Kilometer 181.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, di sini petang tadi.

Dalam kejadian 1.50 tengah hari itu kedua-dua mangsa difahamkan tidak mengalami kecederaan serius dan dikeluarkan daripada kereta yang mereka naiki oleh orang awam.

Ketua Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bagan Serai, Penolong Bomba Kanan ll Che Hassan Che Mat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada 1.54 tengah hari dan lapan anggota ke lokasi dengan dua jentera.

Menurutnya, setibanya di lokasi pihaknya mendapati kereta yang remuk berada di bawah perut lori.

"Sewaktu tiba pihak polis memaklumkan mangsa suami isteri yang terperangkap sudah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk mendapatkan rawatan.

"Pihak kami segera menjalankan kerja pembersihan di lokasi kemalangan terbabit dan operasi ditamatkan 5.27 petang," katanya.

Kemalangan terbabit juga menyebabkan kesesakan trafik sejauh hampir tiga kilometer berikutan laluan terhalang.

myMetro 25 January 2016


0 comments:

Post a Comment