January 27, 2016

Tunggang motosikal bawa RM1.6 juta, ini kesudahannya...

Kereta yang ditemui di Jalan Kuchai Lama dipercayai digunakan suspek.

Kuala Lumpur: Wang tunai RM1.6 juta dibawa seorang lelaki yang juga kakitangan syarikat pengedaran emas dilarikan 11 lelaki bersenjatakan pistol dan pisau dalam kejadian samun di Jalan Klang Lama di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa yang berusia 32 tahun menunggang motosikal diiringi pengawal keselamat syarikat yang turut menunggang motosikal keluar menghala ke Taman Desa untuk memasukkan wang berkenaan ke dalam bank.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Shahrul Othman Mansor berkata, wang dibawa itu adalah hasil perniagaan emas syarikat yang dikumpul sejak Jumaat lalu.

"Pengawal keselamatan yang menunggang motosikal di belakang dilanggar tiga kali oleh suspek menyebabkannya terjatuh.

"Mangsa kemudiannya cuba melarikan diri, namun dikepung 11 suspek yang menaiki sebuah kereta dan menunggang lima motosikal," katanya.

Menurutnya, mangsa diacukan pistol dan pisau sebelum suspek merampas beg galas berisi wang tunai terbabit dan melarikan diri.

Katanya, sebuah kereta dipercayai digunakan suspek ditemui ditinggalkan di Jalan Kuchai Lama selepas kejadian.

myMetro 26 January 2016



0 comments:

Post a Comment