January 21, 2016

Remaja maut digilis lori


Orang ramai mengerumuni lokasi kemalangan di KM65,Jalan Kota Bharu,Gua Musang, semalam. - Foto Sinar Harian

KUALA KRAI - Seorang remaja maut selepas kepalanya digilis lori dalam kemalangan di Kilometer 65 Jalan Kota Bharu Gua Musang,dekat Sungai Durian, jam 10.30 malam semalam.

Mangsa, Mohamad Azlisyam Amir, 14, yang menunggang motosikal jenis C70, cedera parah pada kepala maut di tempat kejadian.

Pemandu lori berusia 23 tahun dari Bachok,bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Abdullah Roning berkata, ketika kejadian, motosikal ditunggang mangsa dan lori dipandu lelaki 23 tahun bertembung dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Krai.

"Apabila  tiba di tempat kejadian, mangsa cuba memotong lori berkenaan dari sebelah kiri tetapi gagal.

"Mangsa juga gagal mengawal motosikal yang ditunggang menyebabkan dia melanggar papan tanda diletakkan di sebelah kiri jalan berikutan kerja-kerja pembinaan sedang dilaksanakan TNB," katanya.

Sinar Harian 14 Jan 2016

0 comments:

Post a Comment