January 18, 2016

Remaja ditemui lemas

MAYAT mangsa ditemui 20 meter dari tempat dilaporkan hilang. FOTO Noor Hidayah Tanzizi

Sitiawan: Remaja lelaki 14 tahun ditemui lemas awal pagi tadi selepas dipercayai dihanyutkan arus Sungai Changkat Meranti, di sini lewat petang semalam ketika memancing.

Mayat Mohd Alif Haikal Kamarulzaman, 14, ditemui terapung pada 3.30 pagi oleh pasukan penyelamat selepas dilaporkan hilang sejak kira-kira 6 petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mohd Zaki Zainol berkata, mangsa dikatakan sedang memancing bersama rakannya sebelum berenang ke tengah sungai untuk mengambil batang pancingnya yang terjatuh dan dihanyutkan arus.

"Ketika kejadian air mula pasang dengan anggaran kedalaman enam meter. Mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat kira-kira 20 meter dari tempat dia terjatuh," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

myMetro 17 Jan 2016



0 comments:

Post a Comment