January 18, 2016

Dua beradik lemas

MAYAT mangsa diusung oleh anggota bomba sebaik ditemui. FOTO ihsan Bomba

Papar: Kegembiraan dua beradik mandi sungai berakhir tragedi apabila kedua-dua mereka mati dalam kejadian lemas di Kampung Ovai berhampiran kem Program latihan Khidmat Negara (PLKN) Wawasan Ovai, Papar, kira-kira 6 petang semalam.

Sheck Ismail Mohd Dali, 14, yang ditemui terlebih dahulu pada 6.30 petang semalam dikejarkan ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia pada 3 pagi tadi manakala abang mangsa Fazly Ashraf Mohd Dali, 15, ditemui mati pada 10.26 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar Dunstan Peter berkata, setiba pasukan bomba di lokasi kejadian, mangsa Syed Ismail sudah ditemui dalam keadaan tidak sedar diri oleh orang awam.

"Anggota bomba kemudian memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebelum menghantar mangsa ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia 3 pagi tadi.

"Abang mangsa iaitu Fazly belum ditemui dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan namun terpaksa ditangguh 9 malam tadi. Sebaik operasi SAR disambung mayat mangsa akhirnya ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian pada 10.26 pagi tadi.

Menurutnya, mayat mangsa yang ditemui kemudian diserahkan kepada pihak polis dan operasi tamat pada 10.30 pagi.

myMetro 17 Jan 2016


0 comments:

Post a Comment