January 31, 2016

Petaka dari langit


SERAMAI 135 mangsa terjejas dalam kejadian kelmarin.

Alor Gajah: Mohd Din Mohd Salleh, 75, yang nyenyak tidur nyaris dihempap kayu bumbung rumahnya yang roboh akibat ditiup angin kencang dalam kejadian ribut di Kampung Padang Kerbau, Durian Tunggal di sini, jam 5.30 petang kelmarin.

Mohd Din berkata, sejurus terjaga, dia mendapati bumbung ruang tamu diterbangkan angin.

“Kejadian berlaku sekelip mata, sejurus mendongak ke langit, saya dapati pusaran angin menuju ke kediaman menyebabkan badan saya menggeletar.

“Saya risau dengan keselamatan diri kerana berseorangan di rumah. Ahli keluarga lain berada di Hospital Melaka untuk melawat isteri yang menjalani pembedahan,” katanya, semalam.

Menurut Mohd Din, ketika itu keseluruhan ruang tamu juga dibanjiri air hujan.

myMetro 31 Jan 2016


0 comments:

Post a Comment