January 31, 2016

Warga emas maut motosikal dirempuh treler

MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO ihsan pembaca

Machang: Warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh treler di Kilometer 43, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Kampung Kemuning pagi tadi.

Dalam kejadian 11 pagi itu, mangsa Muhammad Nor Harun, 80, yang berasal dari Kampung Pek Panyit di sini meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Abd Ghani berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa secara tiba-tiba keluar dari simpang menyebabkan treler dari arah Tanah Merah gagal mengelak sebelum merempuh mangsa.

"Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

myMetro 31 Jan 2016


Warga emas maut dilanggar treler

Motosikal ditunggangi mangsa terperosok di bawah treler selepas kemalangan. Gambar kecil: Dzulkifli.

MACHANG - Seorang warga emas maut selepas motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer (KM) 43 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, di sini, pada kira-kira jam 10.45 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Abdul Ghani berkata, mangsa, Mohamad Nor Harun, 80, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialaminya dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat.

Menurutnya, kemalangan berlaku berhampiran simpang ke Jalan Kemuning Lama, membabitkan sebuah motosikal dan treler yang datang dari arah sama.

"Penunggang motosikal dipercayai keluar dari Jalan Kemuning Lama untuk masuk ke laluan utama secara tiba-tiba menyebabkan treler berkenaan tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang motosikal terbabit.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga dan siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sinar Harian 1 Februari 2016




0 comments:

Post a Comment