January 21, 2016

Penunggang motosikal maut langgar belakang lori

SEREMBAN - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar belakang sebuah lori di Jalan Persiaran Forest Height 1 kira-kira 8.10 pagi ini.

Lee Meng Foo, 38, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan, kata Ketua Polis daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun.

"Akibat pelanggaran itu menyebabkan Lee jatuh di pertengahan jalan dan maut di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk bedah siasat. - Bernama

19 Januari 2016

0 comments:

Post a Comment