January 13, 2016

Maut kereta rempuh pokok

MANGSA meninggal dunia di tempat kejadian. FOTO ihsan Bomba

Kota Bharu: Pemuda berusia 33 tahun maut selepas kereta dipandu hilang kawalan dan terbabas, sebelum merempuh pokok di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas dekat Kampung Buluh Melintang, Pasir Mas, kira-kira 5.15 pagi tadi.

Mangsa, Suhaidi Nadzim berasal dari Bukit Bunga, Tanah Merah meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan di kepala.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Mohamad Nazri A Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 5.19 pagi.

"Tiga anggota diketuai Pegawai Bomba, Dunya Saad dan dibantu empat anggota bomba bantuan ke lokasi bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Kita juga melakukan kerja pembersihan sebaik mangsa dikeluarkan. Mayatnya kemudian diserah kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, di sini.

Mayat Suhaidi dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat.

myMetro 12 Januari 2016





0 comments:

Post a Comment