January 13, 2016

Suami maut, isteri parah diseret

MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO ihsan polis

Kota Bharu: Lelaki berusia 60 tahun yang menunggang motosikal maut, manakala isterinya parah selepas dilanggar kereta Proton Saga dan diseret 100 meter oleh Perodua Kenari di Kampung Dendang, Ketereh, 6.30 pagi tadi.

Mangsa, Mohd Noor Idris, 60, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, mangsa dan isteri menaiki motosikal dalam perjalanan dari rumahnya di Padang Lembek, Ketereh untuk menoreh getah di ladang Kampung Pangkal Kalong, di sini.

"Motosikal mangsa secara tiba-tiba keluar dari simpang di sebelah kanan untuk ke sebelah kiri sebelum dilanggar kereta Proton Saga dari arah Ketereh menghala ke Kota Bharu.

"Mangsa terjatuh ke atas jalan sebelum dirempuh Perodua Kenari dari arah Ketereh ke Kota Bharu," katanya di sini, hari ini.

Katanya, akibat kejadian itu mangsa maut di lokasi kejadian.

myMetro 12 Januari 2016





0 comments:

Post a Comment