January 31, 2016

Kematian ketujuh akibat denggi di Terengganu


Kuala Terengganu: Murid perempuan Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Seri Budiman 2, di sini, meninggal dunia akibat denggi pada 1.20 tengah hari tadi, menjadikan setakat ini tujuh meninggal dunia kerana penyakit itu di Terengganu dalam tempoh sebulan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata, mangsa yang juga calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) itu sebelum ini dilaporkan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini.

“Setakat ini tujuh kematian akibat denggi direkodkan dalam tempoh sebulan di Terengganu.

"Bagaimanapun, satu kes dirujuk sebagai kes luar kerana mangsa dikesan menghidap denggi sejak ketika di Selangor.

"Sehingga kini, seramai 560 pesakit denggi sudah mendapatkan rawatan di hospital seluruh Terengganu berbanding hanya 142 kes direkodkan bagi tempoh sama tahun lalu. Ia menunjukkan peningkatan 293 peratus," katanya.

myMetro 29 January 2016

0 comments:

Post a Comment