January 31, 2016

Dua maut kereta bertembung lori


KEADAAN kereta selepas kemalangan. FOTO ihsan Bomba

Johor Bahru: Lelaki orang kurang upaya (OKU) berusia 43 tahun dan warga emas berusia 71 tahun maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan lori di Jalan Seelong Jaya 3, Kampung Sinaran Baru, Kempas di sini, kira-kira 4 petang tadi.

Menurut jurucakap jabatan bomba dan penyelamat Johor, mangsa Mokhtar Ismail (OKU) yang memandu kereta dan penumpangnya, Maimunah Md Noh maut serta merta di lokasi kejadian manakala pemandu lori berusia 43 tahun tidak mengalami kecederaan.

"Kami menerima panggilan pada 4 petang dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru bersama enam anggota diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Khairul Azhar bergegas ke tempat kejadian.

"Jentera sampai ke lokasi pada 4.27 petang dan mendapati dua mangsa tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh petugas hospital di tempat kejadian.

"Berdasarkan kad pengenalan yang ditemui kedua mangsa berkenaan beralamat di Kampung Setanggi, Johor Bahru dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

myMetro 27 Jan 2016





0 comments:

Post a Comment