January 31, 2016

Dua lelaki maut, 4WD bertembung lori bawa muatan kelapa sawit

ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat dua mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Lundu-Sematan, Lundu semalam.

LUNDU – Dua lelaki maut apabila kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dinaiki mereka terlibat dalam satu kemala­ngan jalan raya dengan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit berhampiran Kampung Sebigo, Jalan Lundu-Sematan di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu, pemandu kenderaan Toyota Hilux, Duda Laji, 60, dan penumpang hadapan, Gdeng Nyaw, 50, maut di tempat kejadian manakala seorang lagi penumpang, James Runchin, 35, dan pemandu lori selamat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Farhan Sufyan Borhan berkata, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lundu dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.30 pagi.

“Semasa tiba, pihak bomba mendapati terdapat dua lelaki tersepit dalam kenderaan Toyota Hilux itu dan pihak perubatan mengesahkan kedua-duanya maut di tempat kejadian.

Kosmo 31 Jan 2016


Dua kakitangan SALCRA terbunuh

LUNDU: Gara-gara cuba mengelak melanggar motosikal sebuah Toyota Hilux terbabas sehingga mengakibatkan dua kakitangan Lembaga Perbadanan Pemuliharaan Tanah Sarawak (SALCRA) terbunuh, semalam.

Kedua-dua mangsa maut dikenal pasti sebagai Duda Lazi, 59, berasal dari Kampung Setunggang Dayak dan Goeng Nyaw, 49, berasal dari Kampung Jagoi Serasot, Bau.

Menurut sumber, kedua-dua mangsa merupakan pemandu dan penumpang hadapan Hilux semasa kejadian bersama seorang lagi rakan sekerja dalam perjalanan menuju ke tempat kerja sekitar jam 10.30 pagi.

Bagaimanapun, difahamkan mereka yang cuba mengelak melanggar sebuah motosikal terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori berdekatan Kampung Sebigo di Jalan Lundu-Sematan.

“Mereka dikatakan cuba mengelak melanggar sebuah motosikal sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung lori berkenaan,” kata sumber.

Impak pelanggaran menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit sehingga terpaksa dikeluarkan dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lundu.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan beberapa minit kemudian namun disah meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Setiba di tempat kejadian, didapati dua mangsa masih terperangkap di dalam kenderaan pacuan empat roda (Hilux) berkenaan dan dalam keadaan tidak sedarkan diri. Manakala seorang lagi penumpang (belakang) terselamat.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluar dan diserahkan kepada pihak ambulans sebelum disahkan meninggal dunia di tempat

Dua kakitangan SALCRA terbunuhkejadian,” kata Farhan dalam kenyataan akhbarnya, semalam.

Difahamkan, mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Daerah Lundu untuk bedah siasat dan siasatan lanjut polis berhubung kemalangan tersebut masih dijalankan.

“Pemandu lori selamat tanpa sebarang kecederaan dan penumpang (Hilux) yang terselamat juga dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” kata Farhan.

Utusan Borneo 31 Jan 2016

0 comments:

Post a Comment