January 3, 2016

10 nyaris maut tayar bas ekspres pecah

KEADAAN bas ekspres yang terbabas ke dalam semak.

Sepuluh penumpang bas ekspres selamat apabila kenderaan itu terbabas ke dalam semak selepas tayar depan sebelah kanan pecah dalam kejadian di Kilometer 60, Jalan Mukah-Sibu di sini, jam 1.30 tengah hari semalam.

Penumpang, Azmin Ahmad, 45, berkata, bas bertolak dari Terminal Bas Mukah jam 12.30 tengah hari dan dijadualkan tiba di Sibu jam 3 petang.

“Saya terjaga daripada tidur sejurus tayar bas meletup. Pemandu gagal mengawal kenderaan sebelum ia terbabas ke dalam semak.

“Mujur tiada kenderaan lain di situ. Saya bersyukur terselamat,” katanya.

Seorang lagi penumpang, Nara Kana, 26, berkata, dia terbayang pelbagai perkara buruk apabila bas hilang kawalan.

“Bagaimanapun, kami gembira tiada yang buruk berlaku,” katanya.

Tayar bas berkenaan kemudiannya diganti sebelum ia meneruskan perjalanan ke Sibu.

myMetro 3 Jan 2016





0 comments:

Post a Comment