December 17, 2015

Tangisan bayi belakang rumah


Bayi lelaki yang ditemui seorang wanita di belakang rumahnya di Taman Cendana dekat Bandar Perdana, Sungai Petani. - Foto OMAR OSMAN

Sungai Petani: Seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui di belakang sebuah rumah di Taman Cendana, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, bayi itu ditemui di tepi longkang dalam keadaan bogel oleh seorang suri rumah.

Difahamkan wanita berusia 30-an sedang berehat apabila dia terdengar suara tangisan lalu memeriksa sebelum menemui bayi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, wanita berkenaan kemudian memaklumkan kepada polis.

Menurutnya, sepasukan anggota polis kemudian dihantar ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan dan bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan itu, dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Abdul Halim ((HSAH) di sini, untuk rawatan lanjut.

"Setakat ini identiti bayi lelaki itu, termasuk bangsa belum dikenal pasti dan polis masih mengesan ibunya,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

myMetro 9 Disember 2015


0 comments:

Post a Comment