December 16, 2015

Mayat ditemui, 5 penculik diberkas

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia(PDRM) kontijen Pahang menyelesaikan kes culik dan bunuh dua warga Bangladesh di Genting Highlands serta menahan lima suspek warga Myammar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata siasatan awal mendapati lima suspek itu menculik mangsa dengan tujuan untuk mendapatkan wang tebusan.

Bagaimanapun, katanya, kehendak kumpulan suspek itu tidak dapat dipenuhi dan mereka kemudiannya bertindak membunuh kedua-dua mangsa.

"Kumpulan suspek ini kemudiannya bertindak membuang mayat mangsa di sebuah kawasan hutan di Genting Highlands.

Hasil siasatan polis, kita dapat menahan lima suspek dan menemui semula mayat mangsa yang dibuang di kawasan hutan Genting," katanya ketika ditemui pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

myMetro 11 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment