December 17, 2015

Syurga Si Comot



MASLINA (kiri) dan dua pekerja memberi makan kucing yang dipelihara mereka. Gambar kecil, kawasan seluas 0.1 hekgtar di FELDA Chini 4 dibina untuk menempatkan kucing jalanan.

Pekan: Bagi sesetengah orang, kucing jalanan yang sakit dengan muka comot serta tidak terurus kelihatan menjijikkan sehingga ada bertindak kasar dengan memukul haiwan berkenaan yang dianggap kotor.

Namun bagi Maslina Omar, 38, mengutip kucing jalanan yang sakit dan diberikan rawatan sebelum dipelihara sudah menjadi kebiasaannya sejak dua tahun lalu.

Malah, dia sanggup membelanjakan kira-kira RM45,000 untuk membina pusat penjagaan yang dipanggilnya Taman Kucing di atas tanah berkeluasan 0.1 hektar di FELDA Chini 4, di sini.

Katanya, dia tidak pernah berasa jijik apabila mengutip kucing sakit dan comot kerana baginya haiwan berkenaan perlu dirawat segera dan bimbang akan mati jika dibiarkan.

“Jika ada kucing jalanan yang datang kepada saya dalam keadaan sakit atau anak kucing kehilangan ibu, saya akan ambil dan membawanya pulang untuk diberi rawatan, namun jika kucing itu mampu untuk hidup dan sihat, saya akan membiarkan saja.

myMetro 11 Dis 2015



0 comments:

Post a Comment