December 17, 2015

Kakitangan LADA terbunuh

FOTO Hamzah Osman

Langkawi: Seorang lelaki maut manakala dua rakannya terselamat apabila kereta yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke gaung di Jalan Lubuk Semilang, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 11.30 malam itu, mangsa yang juga penumpang duduk belakang kereta terbabit, Mohamad Amar Zakuan Zahri, 28, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Langkawi (HL).

Pemandu, Hamizi Othman, 36, dilaporkan pengsan dan masih tidak sedarkan diri serta sedang dirawat di HL manakala seorang lagi penumpang duduk di sebelah pemandu, Hamzah Zakaria, 53, tidak cedera.

Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Langkawi, Asisten Superintendan Mahadhir Mohd Salleh, berkata ketika kejadian, semua mangsa yang juga kakitangan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dalam perjalanan menghala ke Kuah.

"Mereka dalam perjalanan dari Pusat Latihan Khidmat Negara di Lubuk Semilang ke Kuah,” katanya.

myMetro 11 Dis 2015



0 comments:

Post a Comment