December 9, 2015

Rompak guna pistol tembak cicak

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Rozi Jidin menunjukkan pistol palsu yang digunakan penjenayah, - Foto NABIHAH KAMAL

Sungai Buloh: ‘Geng Zairul’ yang aktif melakukan samun dengan hanya menggunakan pistol tembak cicak, tumpas selepas empat anggota kumpulan itu dicekup polis semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Rozi Jidin berkata, suspek yang berusia antara 16 hingga 29 tahun itu ditahan berasingan di Saujana Utama dan Wangsa Maju.

"Hasil risikan, kita menahan empat individu termasuk dua lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan sebagai ipar.

Turut ditahan seorang remaja 16 tahun yang mempunyai rekod jenayah mencuri dalam bangunan.

"Mereka menjalankan aktiviti menyamun kedai serbaneka 24 jam dan farmasi sekitar Lembah Klang dengan memakai topi ‘Yakuza’ serta topi keledar bagi menutup identiti serta sepucuk pistol palsu untuk menggertak mangsa," katanya.

Kumpulan itu dipercayai melakukan lebih tiga kes samun sekitar Sungai Buloh. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 kerana samun berkumpulan dan bersenjata.

myMetro 8 Dis 2015



0 comments:

Post a Comment