December 9, 2015

Kren patah dua

Keadaan kren yang tergantung selepas patah ketika kerja pembinaan Apartment D'Perdana Sri Cemerlang, Jalan Dusun Raja, Kota Bharu. - Foto FARIS ZAINULDIN

Kota Bharu: Sebuah kren untuk pembinaan apartmen di sini, patah ketika dikendalikan pemandu berusia 30-an tetapi tidak membawa kecelakaan besar kerana bahagian kren yang patah itu tergantung pada kabel, tidak menimpa sesiapa di bawah.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang di kawasan pembinaan di Jalan Dusun Raja itu ada tiga pekerja termasuk pemandu kren di kawasan pembinaan itu.

Seorang saksi, Zainal Abidin Isa, 49, berkata, ketika kejadian di berada di dalam pejabat bersebelahan lokasi kejadian.

Katanya, tiba-tiba dia terdengar dentuman serta gegaran kuat menyebabkan dia berlari keluar untuk menyelamatkan diri.

"Saya menyangka gempa bumi sebelum dimaklumkan orang ramai ada kren patah di sebelah pejabat. Saya ke lokasi dan mendapati kren patah dua dan bernasib baik kerana ia tergantung pada tali, tidak menghempap sesiapa di bawah,” katanya di sini, hari ini.

myMetro 8 Dis 2015





0 comments:

Post a Comment