December 21, 2015

Mayat di belakang hotel

Kuala Lumpur: Mayat lelaki warga tempatan ditemui di belakang hotel di Jalan Changkat Thambi Dollah, di sini, pagi tadi.

Mayat itu ditemui oleh pengawal keselamatan hotel berkenaan pada 7.30 pagi dan dipercayai mangsa terjun dari tingkat 16 hotel itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

Katanya, mayat dibawa ke Unit Forensik di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

myMetro 17 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment