December 1, 2015

Lagenda sepak takraw meninggal dunia

AKSI Abdul Jalil (gambar kecil) ketika mewakili negara dalam sepak takraw. FOTO Muhaamad Hafis Nawawi

Alor Setar: Pemain lagenda sepak takraw 70-an Abdul Jalil Aziz, 66, meninggal dunia akibat pendarahan dalam usus di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, 6.30 pagi tadi.

Allahyarham menerima rawatan di HSB sejak dua minggu lalu selepas muntah darah sebelum meninggal dunia pagi tadi.

Abdul Jalil pernah mewakili negara pada sukan SEA 1971, 1973, 1975 dan 1977 di mana kesemuanya memenangi pingat emas.

Beliau bersara pada 1981 dan bekerja sebagai juruteknik kanan Jabatan Pengairan dan Saliran Kedah.

Allahyarham meninggalkan balu Nahariah Mann,65 dan empat orang anak.

myMetro 30 November 2015


0 comments:

Post a Comment