December 1, 2015

Dua pekerja kontrak maut, dua parah

KENDERAAN terbabas sebelum melanggar pokok. FOTO ihsan Polis

Kajang: Dua pekerja kontrak memasang peti sejuk maut manakala dua lagi parah selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas sebelum melanggar pokok di kilometer 17 Lebuhraya Cheras-Kajang berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Bukit Dukung Kajang, malam semalam.

Dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Reflee Majjaun dan Jimmy Kolok masing-masing berusia 22 tahun.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard berkata, mangsa meninggal dunia tempat kejadian akibat parah di kepala.

"Manakala dua lagi mangsa yang parah kini dirawat di Hospital Serdang.

"Kereta yang dinaiki mangsa adalah milik majikan tempat mereka bekerja di Selayang," katanya.

Willey berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

myMetro 30 November 2015



0 comments:

Post a Comment