December 17, 2015

Kenapa khianat sangat ni!


Ipoh: Polis mengesahkan kejadian khianat beberapa kenderaan penduduk taman perumahan di Jelapang dan Chemor, di sini, yang disembur cat dan mula tersebar di media sosial sejak semalam.

Timbalan Ketua Polis Ipoh, Superintendan Mohd Nor Rasid, berkata pihaknya menerima tujuh laporan polis daripada pemilik kenderaan mengenai kejadian itu.

"Polis mengesahkan berlaku kes terbabit. Kami terima tujuh laporan mengenai kejadian itu dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, maklumat awam amat diperlukan bagi membantu siasatan dan sebarang maklumat boleh disalurkan melalui SMS Rakan Cop atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di 05-254 1222.

"Orang ramai juga diminta berhati-hati dan menghubungi balai polis berhampiran sekiranya mengalami masalah berkenaan serta dinasihatkan agar tidak menyebar sebarang maklumat yang tidak sahih," katanya.

Sejak semalam beberapa gambar kenderaan yang disembur cat menjadi viral di media sosial yang dipercayai dilakukan seorang individu bermotosikal.

Turut tersebar satu rakaman kamera litar tertutup (cctv) menunjukkan perbuatan khianat itu.

myMetro 17 Dis 2015

0 comments:

Post a Comment