December 25, 2015

Dua beradik terima balasan

Bukit Mertajam: Warga emas, 63, dijatuhi hukuman penjara 18 tahun manakala kakaknya berusia 66 tahun diarah mendapatkan rawatan di Hospital Bahagia oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas didapati bersalah cuba membunuh seorang wanita pada Mei 2012.

Tertuduh pertama Lee Wei Mei,66, yang juga ibu mentua mangsa serta adiknya Lee Wei Chee,63, yang juga tertuduh kedua dituduh bersama untuk tiga pertuduhan mengikut Seksyen 307, Seksyen 326 dan Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh dengan menikam dan membakar Yeoh Kar Tin,45.

Hakim Musyiri Peet menjatuhkan hukuman berkenaan selepas mendapati kedua-dua tertuduh bersalah di atas kesemua pertuduhan berkenaan.

Wei Mei diarah supaya mendapatkan rawatan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak ekoran masalah mental, manakala Wei Chee dihukum penjara 18 tahun bermula hari ini.

myMetro 23 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment