December 25, 2015

Ajal bayi perempuan 6 bulan

Nur Arisya Sofia (gambar kecil) maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan. FOTO Khairul Hamizy Ramlee

Marang: Bayi perempuan berusia enam bulan maut manakala empat lagi ahli keluarganya parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh pokok dalam kejadian di Kilometer 35 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Merchang, dekat sini, kira-kira 5 pagi tadi.

Kemalangan dipercayai berlaku ketika dalam perjalanan ke rumah mereka di Kampung Losong, Kuala Terengganu selepas bercuti di Melaka.

Malangnya, kereta dipandu Wan Nor Fairus Wan Abdullah, 25, itu hilang kawalan di selekoh laluan terbabit sebelum merempuh sebatang pokok di tepi jalan.

Akibat rempuhan itu, Nur Arisya Sofia berusia enam bulan yang dipangku bapanya, Faizal Tali, 30, di tempat duduk penumpang depan itu mengalami kecederaan dalaman dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Faizal dan Wan Nor Fairus serta dua anak lain, Muhammad Adam Fahmi Faizal berusia lima tahun dan adiknya, Nur Amni Syauqina,2, masing-masing parah di badan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superitendan Mohd Suhaimi Ali mengesahkan kejadian dan berkata. kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

myMetro 23 Disember 2015


0 comments:

Post a Comment