December 29, 2015

Bekas guru agama Sultan Johor meninggal dunia

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan melawat arwah, Sabtu lalu. FOTO ihsan pembaca

Johor Bahru: Bekas guru agama kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar, Datuk Abdul Kadir Annuar, 82, menghembuskan nafas terakhirnya di rumahnya, 5.10 petang tadi akibat mengalami radang paru paru dan jangkitan kuman dalam darah.

Menurut anak keempat Allahyarham, Radziah, 43, keadaan kesihatan arwah bapanya mula merosot sejak Sabtu lalu dan dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Bagaimanapun, arwah dibawa pulang ke rumahnya di Larkin Jaya, petang tadi.

"Sabtu lalu Sultan Ibrahim berkenan melawat arwah untuk bertanyakan khabar dan baginda bertanya mengapa arwah tidak dirujuk ke HSA.

"Apabila saya memberitahu Tuanku datang, abah mengangguk selain baginda sempat berseloroh meningatkan abah supaya tidak nakal nakal," katanya ketika ditemui di kediaman bapanya itu.

Katanya, arwah bapanya meninggalkan seorang isteri, Datin Samiah Mohd Said, 75, lima anak dan 21 cucu.

Jenazah arwah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, di sini, esok pagi.

myMetro 28 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment