December 29, 2015

Kempadang dinaiki air

ANTARA kawasan yang dilanda banjir. FOTO ihsan Bomba

Kuantan: Tiga puluh sembilan penduduk di sekitar Sungai Soi, Kempadang di sini, menjadi kumpulan pertama mangsa banjir di negeri ini terpaksa dipindahkan selepas kawasan itu dinaiki air, 3 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata, semua penduduk kini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kempadang.

"Penduduk terjejas banjir ini adalah daripada sembilan keluarga iaitu lapan lelaki dewasa, 20 perempuan dewasa, masing-masing empat kanak-kanak lelaki dan perempuan, seorang bayi dan dua lelaki dan wanita warga tua.

"Mereka dipindahkan bermula 3 petang tadi.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang menguruskan bantuan kepada mangsa," katanya.

myMetro 28 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment